Thursday, November 14, 2013

Kesenangan atau Musibah...

    Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Apakah anda semua hari ini sihat? Kalau sihat, ucaplah Alhamdulillah. Kalau mendapat rezeki yang bertambah, ucaplah Alhamdulillah. Kalau mendapat kenaikan pangkat, ucaplah Alhamdulillah kerana Allah telah melindungi kita daripada pelbagai penyakit yang memudharatkan, memberikan kita rezeki yang banyak dalam bentuk bermanfaat kepada kita seperti isteri yang solehah, suami yang soleh, anak - anak yang taat kepada agamanya dan menambah apa yang kurang dalam kehidupan kita. Itulah antara bentuk - bentuk kesenangan yang Allah s.w.t. berikan kepada kita semua. Semoga Allah memberi apa yang terbaik untuk kita dan seluruh umat Islam khususnya. Amin.

     Bagaimana pula kalau Allah s.w.t. memberi musibah kepada kita walaupun sesaat? Susah kan? Terasa gila dibuatnya. Tetapi, jangan risau kerana Allah s.w.t. tidak membebani seseorang dengan ujian yang berat melainkan dengan kesanggupannya. Contoh, cuba kita hayati kisah ini, '' Ada seorang ibu yang mempunyai kmatian anaknya akibat terbunuh dalam mempertahankan agamanya yang suci. Semasa segala proses memandikan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah anaknya, si ibu itu langsung tidak menangisi pemergian anaknya itu. Orang ramai yang hadir pada ketika itu pun pelik. Salah seorang tetamu tersebut bertanya pada si ibu itu, 'Puan, kenapa tidak sedih atas kematian anak puan? Si ibu itu pun memandang kembali dengan raut wajahnya yang tenang dan yakin menjawab, ' Saya redha dan bangga atas pemergian anak saya ini kerana anak saya mendapat gelaran syahid demi mempertahankan agama yang suci ini iaitu Islam. Jadi, syurgalah tempatnya. Tetamu itu pun tergamam. Lihat, Allah s.w.t. memberi ujian atau musibah kepada seseorang itu mengikut kesanggupan.

   Tahukah anda? Meninggalkan solat itu merupakan satu musibah yang besar dalam hidup kita. Kenapa? Yang pertama sekali, sudah sedia maklum yang meninggalkan solat adalah berdosa besar. Berdosa woo!! Satu kali kita meninggalkan solat, putus rahmat kita dengan Allah s.w.t. Kedua, kalau anda perasan jikalau kita meninggalkan solat, kita rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam hidup kita. Apakah ia? Mungkin sesetengah orang menjadi pemarah atau panas baran. Keluarga yang sentiasa mempunyai masalah yang berlarutan. Rezeki yang tidak bertambah - tambah walaupun bekerja bagai bersabung nyawa dan lain - lain lagi. Itu baru meninggalkan solat. Belum sentuh bab puasa, zakat, menutup aurat dan sebagainya.

   Sebagaimana sedia maklum, saya berpesan kepada diri saya dan anda semua. Jangan putus rahmat dengan Allah s.w.t. dan jangan melanggar suruhannya. Marilah kita menghayati serta mempelajari ajaran yang dibawa oleh Kekasih Allah Yang Mulia iaitu Rasulullah s.a.w. Tidak syak lagi, beliau layak menjadi model kita dalam kehidupan seharian. Sebenarnya ingin saya sentuh dalam hal ini, pernahkah anda lihat atau baca tentang sejarah hidup Rasulullah s.a.w.? Tidak pernah dalam hidup Rasulullah s.a.w. mengalami perkara - perkara yang buruk. Semanya baik belaka. Rahsianya adalah solat yang penuh lima waktu sehari semalam. Para sahabat pula tidak pula kurang hebatnya. Tidak pernah meninggalkan solat mahupun solat malam (qiamullail). Berjemaah pula itu. Pada pendapat saya, itulah zaman terbaik. Sentiasa bersolat bersama - sama. Makan bersama - sama. Berperang pun bersama - sama. Kesannya, kesenangan yang Allah berikan kepada mereka melimpah ruah. Doa yang makbul. Rezeki yang bertambah banyak. Anak - anak yang ramai serta taat pada suruhan agamanya dan lain - lain. Sebenarnya itulah yang kita sebagai masyarakat sekarang mahukan.

Tetapi hakikatnya hari ini..









    Anda lihatlah dengan mata kepala dan hati nurani. Pada zaman sekarang ini, semua benda boleh berlaku menyebabkan diri sendiri yang merana dan sengsara. Ingatlah, sentiasa berdoa kepada Allah dijauhkan daripada perkara - perkara yang tidak diingini dan diminta kesenangan yang berpanjangan daripada Tuhan yang Maha Esa. Bersabar dalam setiap ujian yang melanda akan dikurniakan kesenangan yang berpanjangan, InsyaAllah. Jadi, jika anda mahu kesenangan sepanjang dalam kehidupan kita, ikuti perintah Allah s.w.t. dalam Al Quran dan mempelajari ajaran - ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    Selain itu, saya mencadangkan kepada anda semua supaya meminta nasihat kepada orang lebih alim dalam hal ini kerana mereka lebih mengetahui daripada kita. Dengan menjadikan mereka sebagai pakar nasihat atau kaunselor kita untuk memperbaiki kecacatan dalam kehidupan. Pada zaman sekarang ini, zaman anak - anak muda yang celik IT atau dikenali sebagai generasi Y mudah sahaja hendak mendapatkan ilmu, info - info yang berkaitan dengan isu semasa serta nasihat pakar. Di surat khabar, televisyen, radio, Internet atau di mana - mana sahaja. Itu pun kesenangan yang Allah berikan kepada kita. Cuma usahalah yang menjadikan penentu segalanya.

    Cuba anda renung dan lihat orang - orang pada zaman dahulu, mereka begitu bersusah payah hendak mendapatkan secebis ilmu. Merantau jauh ke negara orang untuk mencelikkan hati mereka semata - mata kerana ilmu. Kadang - kadang tidak terkecuali mendapat musibah yang melanda pada diri mereka sendiri seperti diuji ilmunya hilang terus daripada ingatan, diuji kewangan yang sempit bagi meneruskan pembelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka sabar dalam ujian tersebut. Nak cerita bab sabar ini, bukan semua orang yang ada sifat sebegini. Walaupun kita tahu dan belajar serta mendalami bab sabar, tetapi bukan semua orang boleh mempraktikkannya. Kita boleh sebenarnya cuma langkah demi langkah yang perlahan. InsyaAllah, semua orang boleh.

    Oleh itu, marilah kita menjadi umat yang bersabar dan bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t. dalam bentuk apa - apa jenis kesenangan. Kita semua boleh. Boleh seboleh - bolehnya....



Monday, November 11, 2013

Tujuh Perkara Yang Dapat Dilakukan Oleh Ibu Bapa Dan Guru Guru Untuk Merangsang Pertumbuhan Kreativiti Kanak Kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Ketahuilah apabila seseorang kanak - kanak itu mempunyai kreativiti yang tinggi, maka dia dapat mengeluarkan idea idea yang liar dan mampu digunakan oleh manusia sepanjang zaman. Selain itu, masyarakat Malaysia harus faham betapa pentingnya kanak - kanak kerana merekalah yang akan mencorak masa depan negara agar lebih maju dan lebih inovatif di mata dunia. Apakah anda tahu bagaimanakah caranya untuk mengembangkan kreativiti seseorang kanak kanak itu. Ini jawapannya.

Jangan cepat cepat menilai


Apabila kanak - kanak mengeluarkan idea - idea yang yang luar biasa atau liar, jangan terus bantah atau mengkritik terus. Seharusnya kita dorong kanak kanak tersebut dengan membuat lebih berani mengeluarkan idea - idea yang dahsyat dan mengambil risiko intelektual.


Gunakan soalan - soalan terbuka


Kajian mendapati bahawa 90% daripada soalan - soalan yang diberikan pelajar ialah jenis soalan yang ada satu jawapan sahaja yang betul dan sudah diketahui oleh guru sendiri. Soalan - soalan seperti itu tidak mendorong pelajar berfikir secara berkembang. Sebaliknya, hanyalah mendorong pelajar belajar apa yang ada dalam dalam soalan itu. Gunakan soalan - soalan mempunyai pelbagai jawapan yang betul untuk mendorong kanak - kanak lebih berfikir secara kreatif lagi.


Galakkan minat belajar sendiri


Selalunya ibu bapa atau guru - guru tidak memberi peluang kepada kanak - kanak untuk belajar sendiri kerana dikhuatiri akan belajar ilmu yang salah. Contohnya, mereka takut kanak - kanak belajar yang tidak masuk dalam kertas peperiksaan. Mereka cuma mahu belajar benda - benda yang betul sahaja. Ini menyebabkan kanak - kanak tidak ada sikap untuk mencuba sesuatu yang baru atau gemar berimaginasi.


Galakkan minat terlebih belajar


Ibu bapa atau guru - guru selalu menekankan kanak - kanak supaya belajar mengikut apa yang diatur sahaja. Ini salah! Anda wajib tahu yang minda yang kreatif memiliki keupayaan melihat sesuatu dengan sudut pandangan yang original. Kanak - kanak seharusnya lebih tahu apa yang terkandung di dalam aturan tersebut.


Galakkan fleksibiliti intelektual


Individu yang memiliki minda yang 'liar' sring bertukar tukar sudut pandangan terhadap apa yang mereka fikirkan dan mencipta idea - idea yang baru untuk kegunaan manusia serta suka menyelesaikan masalah dengan kaedah yang kreatif.


Galakkan penilaian kendiri


Orang yang mencipta idea sendiri tidak peduli apa penilaian orang lain terhadap idea - idea mereka itu. Mereka cuma mementingkan idea ciptaan mereka sendiri. Oleh itu, latihlah kanak - kanak dengan mencipta idea sendiri atas daya usaha mereka. Galakkan mereka supaya berusaha dengan apa yang mereka fikirkan berbanding orang lain.


Bantu mereka mengalami kekecewaan dan kegagalan

Orang yang kreatif memiliki sifat atau semangat yang tabah dan tekun. Contoh Thomas Edison, pencipta mentol. Beliau telah mengalami dua ribu kegagalan dalam mencipta mentol sebelum berjaya menciptanya. Jangan menasihatkan kanak - kanak supaya mengelakkan kesilapan atau jangan cuba menyuruh mereka berhenti dalam apa yang mereka usahakan selagi ada kebaikan dalam kehidupan manusia. Doronglah mereka supaya berani mencuba sesuatu yang baru. Ingatlah, mencuba perkara yang baru pada peringkat permulaan selalunya pasti akan gagal. Tetapi, ingat! Usaha anda adalah penentu merealisasikan ciptaan anda tersebut.

Thursday, October 31, 2013

Koleksi Hadis Tentang Kelebihan Umat Nabi Muhammad s.a.w. Berbanding Umat - Umat Yang Lain


Assalamualaikum w.b.t..اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آاله سيدنا محمد .

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia yang paling terulung di dunia. Baginda Rasulullah s.a.w. mempunyai aura atau daya tarikannya yang tersendiri untuk menarik manusia pada zaman Jahiliyah untk kembali kepada cahaya taubat yang pada masa itu orang - orang Arab Quraisy dibelenggu dengan kejahilan kejahilan yang mereka lakukan seperti menanam anak perempuan hidup - hidup bagi menutup aib keluarga. meminum arak, menipu dalam perniagaan, saling berbunuhan dan sebagainya. Jadi, Allah s.w.t. telah mengutuskan seorang rasul yang bernama Muhammad bin Abdullah untuk mengembalikan sinar cahaya Islam daripada kegelapan jahiliyah.

عليك صلى الله , يا ابن عبد الله
عليك صلى الله , يا خير خلق الله

Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. bertuah kerana Rasulullah s.a.w. sering mendoakan kita ini walaupun kita tidak pernah berjumpa dengan Baginda. Alangkah indahnya hidup ini andai dapat kucup tangannya, peluknya, menatap wajahnya,

Antara kelebihan - kelebihan kita sebagai umatnya adalah: -

Memperjuangkan Kebenaran

عن ثوبان رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لاتزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق, لا يضرهم من خذلهم حتى
يأتي أمر الله وهم كذلك - رواه مسلم.
Maksudnya : Daripada Sauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda,''Sekumpulan daripada umatku akan berterusan mezahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela atau menolong) mereka sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan sedemikian.'' - Riwayat Muslim.

Semaian Allah

عن أبي عنبة الخولانى رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لايزال الله يغرس فى هذا الدين غرسا يستعملهم في طاعته
.رواه أبن ماجه
Maksudnya : Daripada Abu 'Inabah Al Khaulani r.a., Nabi s.a.w. bersabda : ''Allah akan terus menyemai di dalam agama ini suatu 'semaian' yang Allah menggunakannya untuk ketaatan kepadaNya.'' - Riwayat Ibnu Majah.

Mendapat Kekuasaan di Muka Bumi

عن أبي بن كعب رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : بشر هذه الأمة بالسناء والرفعة والنصر والتمكين فى الارض ,فمن عمل عمل الآخرة للدنيا لم يكن له فى الآخرة نصيب - رواه احمد وحاكم
Maksudnya : Daripada Ubai bin Kaab r.a., Nabi s.a.w. bersabda,''Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenagan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia, ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat.'' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Rasulullah

عن أنس بن مالك رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :  مثل أمتي مثل المطر لايدرى أوله خير أم آخره - رواه الترمذي
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda,''Perumpaan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik.'' - Riwayat At Tirmizi

Hikmah Berkasih Sayang

عن عبدالله بن مسعود رضى الله عته عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : المرء مع من أحب - رواه البخاري ومسلم.
Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda,''Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang ia kasihi.'' - Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Sesiapa yang mengasihi suatu golongan dengan ikhlas ia akan dihimpunkan bersama mereka. Sekalipun amalannya tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah mendekati. Kemungkinan kasih sayang itu mendorongnya untuk melakukan amalan yang sama.


Tips Mengurangkan Kos Perkahwinan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, rakyat Malaysia khususnya yang muda - mudi ramai yang melonjak ke alam perkahwinan untuk membina keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi zaman sekarang ini, pembaziran selalu terjadi semasa majlis sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Dalam erti kata lain, kemewahan majlis perkahwinan seseorang itu. Bayangkan pembaziran yang dilakukan hampir mencecah ratusan ribu ringgit dan yang paling sedih sekali ia berakhir dengan penceraian. Ingat, kemewahan tidak menjamin kebahagian seseorang bahkan ia dilarang di dalam Islam. Bersederhanalah.

   Di dalam Islam, kita sudah diajar agar tidak melakukan pembaziran di dalam perkahwinan. Bukan itu sahaja, tetapi semuanya. Cuba anda lihat atuk dan nenek kita dahulu, mereka berkahwin dengan majlis yang ringkas, murah dan ada keberkatan. Hasilnya, ia kekal hingga ke anak cucu cicit. Jadi, bersederhanalah.Untuk menjadikan majlis perkahwinan kita ini sebuah majlis perkahwinan yang ada keberkatannya, ikuti tips berikut:-


Majlis Yang Ringkas


Kita tidak perlukan menyediakan pelamin, dekorasi bilik pengantin, makan beradab, upacara potong kek. Khemah yang disediakan pula dihadkan kepada 1 hingga 3 buah sahaja bergantung bilangan tetamu yang dijemput. Walaupun majlis yang serba ringkas ini tetapi ia masih meriah dengan keberkatan daripada Allah  s.w.t.


Bilangan Tetamu


Jemputan yang bagus sekali adalah kita menjemput tok imam, tok bilal, orang masjid dan jiran - jiran yang terdekat serta ditambah dengan saudara mara kita. Kita tidak perlu menjemput orang - orang yang terkenal bagi memenuhi tuntutan adat pada zaman ini. Membazir sahaja. Ada juga individu yang menjemput tetamu lebih kurang 40 orang sahaja. Alhamdulillah ianya tetap meriah dan kita juga mempunyai masa untuk beramah mesra sesama tetamu yang hadir.


Baju Pengantin


Nak jimat? Pinjam sahaja baju pengantin daripada adik beradik atau sahabat handai kita yang sudah berkahwin. Kalau baju Melayu, pakailah. Kalau baju jubah, pakailah asalkan menutup aurat. Begitu juga dengan wanita. Tidak perlu membazir dengan membeli baju yang mahal-mahal tetapi pakaian macam tak cukup kain.


Gambar Majlis Perkahwinan


Gambar yang perlu kita ambil hanyalah gambar masa kita akad nikah dan gambar bersama seisi keluarga kita ataupun keluarga mertua. Sesetangah orang menggunakan video untuk merakam detik - detik perkahwinan mereka dan selepas sebulan atau dua bulan, mereka akan menonton kembali untuk mengenangkan kembali perkahwinan. Tetapi selepas tiga,empat bulan atau seterusnya, sudah pasti kita sudah jemu atau muak untuk melihat. Kan membazir. Jadi memadailah dalam batasan kita.


Kad Jemputan


Berbalik kepada majlis yang ringkas dan bilangan tetamu yang perlu kita jemput, tidak perlulah kita mengeluarkan belanja yang besar untuk menempah kad jemputan. Hanya sekadar memberitahu sahaja ataupun SMS. Lagipun hanya kenalan sahaja dan mereka sudah pasti mengetahui dimana lokasi rumah kita melainkan kita menjemput dalam 200 orang tetamu, barulah kita menempah kad jemputan. Carilah dimana - mana kedai yang menawarkan harga yang murah ataupun beritahu ibubapa atau kawan - kawan dimana hendak mencarinya. Mereka kan tahu dalam bab - bab sebegini.


Elakkan Majlis Sewaktu Dalam Cuti Persekolahan


Sekiranya bajet tiada, elakkan membuat majlis perkahwinan menjelang cuti persekolahan kerana pada masa itu para peniaga menaikkan harga sewa khemah, dewan, hotel sekiranya ada saudara mara kita ataupun sahabat handai yang berada di luar negeri kita duduki. Jika kita melakukannya pada musim cuti sekolah, alamat habislah perbelanjaan kita kerana dek ramai tetamu yang hadir dan sewa yang mahal.


Emas dan Permata


Belilah sebentuk cincin belah rotan untuk pasangan kita. Antara cincin dengan permata, lebih baik pilih cincin kerana nilainya yang murah dan mudah digadai sekiranya terpaksa. Ini semua bergantung kepada bajet kita. Gelang atau rantai leher tidak perlu jikalau bajet tiada. Selepas berkahwin, barulah kumpul duit untuk membeli buat isteri tercinta.


Elakkan Majlis Pertunangan


Seeloknya kita elakkan daripada mengadakan majlis pertunagan. Hanya membazir wang sahaja. Cukup hanya pergi ke rumah perempuan itu dan ditemani oleh keluarga kita, sahabat kita dan lain - lain.


Duit Hantaran


Berkenaan dengan wang hantaran, berbincanglah dengan pasangan kita agar bagaimana hendak menguruskannya. Duit hantaran seeloknya digunakan bagi membeli rumah atau membantu persiapan perkahwinan sedikit. Itu sekiranya wali kita atau keluarga pasangan kita tidak mempunyai wang. Adakan majlis akad nikah dan teruskan menjamu tetamu yang hadir. Mudah dan senang. Ini membantu kita menurunkan kadar wang hantaran pada tahap minimun. Sekadar menjaga air muka keluarga pasangan kita dalam RM1000 atau RM5000 sudah memadai. Kalau RM3000 itu sudah dikira bagus,


Kenduri Secara Bergotong Royong


Mohonlah bantuan penduduk di sekitar kita. Ini memudahkah kerja - kerja perkahwinan kita serta menjimatkan kos daripada kita membazir menempah secara Katering. Sekiranya tidak mampu, upahlah tukang masak. Bahan mentah kita yang sediakan.


Barang Hantaran


Umumkan kepada kaum kerabat kita, saudara mara kita, sahabat kita tentang hantaran yang diingini. Kita menawarkan peluang kepada mereka dengan menaja barang - barang hantaran dan seterusnya mendapat pahala yang besar daripada Allah s.w.t. kerana kita sudah menolong lelaki atau wanita daripada terjebak daripada zina. MasyaAllah!! Cuma, berpada - padalah dan sekadar hantaran asas melainkan keluarga kita dan bakal pasangan kita tidak kisah. Yang kurang penting seperti baju yang mahal, minyak wangi yang mahal, kasut yang mahal dan lain - lain perlu tiada dalam senarai barang hantaran kita. Membazir. Kita juga dapat menghadkan bilangan kepada lima hantaran sahaja dan dibalas tujuh. Ini cuma adat sahaja. Kalau menurut Islam, tiada istilah barang hantaran. Yang ada hanyalah mas kahwin sahaja.


Tengok, senangkan? Dalam Islam, semuanya mudah. Cuma kita sahaja yang menyusahkan perkahwinan itu. Jadi, keberkatan majlis perkahwinan itu datangnya daripada hasil wang yang halal lagi bersih. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui.


Friday, September 13, 2013

Kelebihan Al Quran Dan Ahlinya

Assalamualaikum w.b.t. kepad anda semua. Adakah anda tahu bahawa Al Quran mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri berbanding kitab - kitab samawi yang lain? Salah satunya adalah Al Quran terpelihara daripada segala cacat cela, perubahan kalimah, ayat dan sebagainya. Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al Hijr ayat 9 yang berbunyi:-

''انا نحن نزلنا الزكر واناله لحفظون"
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan Al Quran dan Kamilah (Allah) yang menjaganya.

   Selain itu juga, di kalangan manusia juga ada satu golongan yang dipanggil Ahli Al Quran iaitu golongan Ahli Allah yang menghafaz Al Quran serta beramal dengannya. Mereka umpama panji - panji bendera Islam yang sentiasa menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Tidak kira di mana - mana pasti adanya mereka ini. Satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda : ''Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya,'Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjawab, 'Merekalah ahli Al Quran iaitu ahli Allah dan golongan pilihanNya''.

   Manusia yang digelar ahli Al Quran juga selalu membaca Al Quran tidak kira waktu siang atau malam. Bibir mereka senantiasa dibasahi dengan bacaan ayat - ayat Allah daripada Al Quran itu sendiri. Tidak lupa juga mereka sering menelaah ilmu - ilmu yang terkandung di dalam Al Quran itu sendiri. Mereka sememangnya layak mendapat syafaat daripada Al Quran. Satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Umamah Al Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda, ''Bacalah Al Quran, sesunguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya''. Sungguh indah, bukan?

   Jadi, jikalau kita ingin mendapat syafaat daripada Al Quran itu sendiri serta ingin menjadi manusia yang 'TERBAIK' sekali di kalangan manusia, maka bacalah Al Quran serta pelajari isi kandungannya.

Sunday, July 21, 2013

Bab Bersuci Dan Hukumnya

Assalamualaikum w.b.t.. Syukur kita kepada Allah s.w.t. kerana kita diberi peluang untuk hidup lagi di bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, para tabi'in dan ulamak - ulamak yang telah meninggalkan kita di dunia yang fana ini. Kita juga diberi peluang kesihatan tubuh badan yang baik agar mudah untuk mempelajari sesuatu ilmu tidak kira fardhu ain dan fardhu kifayah.

   Apakah anda tahu apa itu bersuci? Bersuci itu adalah membersihkan diri atau benda - benda daripada kekotoran sama ada najis atau bukan najis seperti air ludah, lumpur, hingus dan sebagainya. Dari segi pandangan syarak pula iaitu menghilangkan halangan beribadat dengan sebab ada hadas atau najis dan menghilangkan halangan sesuatu benda dengan sebab kena najis.

   Antara alat - alat untuk bersuci adalah air, tanah dan batu dan hukum bersuci daripada hadas dan najis adalah wajib.

Air Yang Sah Dibuat Bersuci

Air yang sah dibuat bersuci itu umum atau menyeluruh ada tujuh iaitu air embun, air laut, air sungai, air perigi, air mata air dan air salji. Selain itu, air terbahagi kepada empat iaitu:-


  • Air Mutlak
Air suci pada dirinya dan menyucikan benda yang lain dengan tidak makruh menggunakannya. Contonya, air itu tidak pernah digunakan lagi pada basuhan yang pertama dan diyakini suci serta boleh menggunakan untuk berwuduk, bersuci daripada hadas kecil dan besar dan sebagainya.


  • Air Musyammas
Air suci pada dirinya dan menyucikan benda yang lain tetapi makruh menggunakannya pada tubuh badan. Air itu adalah yang tercampur atau dipanaskan dengan cahaya matahari di dalam bekas besi.


  • Air Mustakmal
Air suci pada dirinya tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain dan tidak sah mengunakannya untuk bersuci. Air ini telah digunakan untuk bersuci pada hadas untuk basuhan yang pertama atau pada wuduk yang wajib atau mandi wajib. Air mustakmal juga adalah yang digunakan utnuk membasuh benda yang kena najis. Selain itu,ciri -ciri air mustakmal adalah air yang berubah salah satu sifatnya atau kesemuanya sekali iaitu bau, warna, dan rasanya dengan sebab bercampur dengan cecair atau bendasing yang lain dan hukumnya untuk bersuci seperti berwuduk adalah tidak sah.


  • Air Mutanajjis
Air yang kena najis atau bangkai atau terjatuhnya atau termasuk najis dan bangkai ke dalamnya air atau sesuatu yang kena najis sama ada air tersebut berubah dari segi warna, bau dan rasanya ataupun tidak berubah, air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci dan tidak menyucikan untuk benda yang lain. Melainkan bangkai yang tidak berdarah seperti lalat, kumbang, lipas, dan sebagainya dengan syarat bangkai tersebut bukan dicampak dengan perbuatan serta tidak mengubahkan sifat air tersebut.

Rujukan (Kitab Idaman Penuntut Pada Yang Menghuraikan Yang Kusut,Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya)

Sunday, June 30, 2013

Kelebihan Al Quran


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Tahukah anda apakah kelebihan Al Quran yang kita baca setiap hari. Inilah dia kelebihannya.


*.  Al Quran sebagai pensyafaat dan penghujah. Sabda Rasulullah s.a.w.


'' Al Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan Al Quran di hadapannya maka Al Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al Quran di belakangnya maka Al Quran akan mencampakkannya ke neraka ''. - Riwayat Ibnu Hibban.


*.  Al Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah..

'' Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah (menghampir diri kepadanya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripadanNya yakni Al Quran ''. - Riwayat Al Hakim.


*.  Al Quran sebagai cahaya kehidupan dan bekalan ke Akhirat.

'' Abu Dzar berkata beliau telah meminta Rasulullah s.a.w. memberikannya satu pesanan (yang berpanjangan) Rasulullah s.a.w. bersabda: '' Semaikanlah rasa takut kepada Allah sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi amalan kebaikan ''. Abu Dzar meminta supaya Rasulullah s.a.w. menambah lagi. Sabda Rasulullah s.a.w.: '' Hendaklah kamu membaca Al Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di Bumi (dunia) dan bekalan untukmu di Langit (akhirat) .'' - Riwayat Ibnu Hibban.


*.  Al Quran sebagai kemegahan bagi Umat Islam.

''Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku iaitu Al Quran.'' - Riwayat Abu Naim.


Jadi, lihatlah. Banyak lagi kelebihan Al Quran yang kita boleh ketahui di dalam kitab - kitab dan seumpamanya dengannya. Oleh itu,jom kita membaca Al Quran..

Sunday, May 19, 2013

Kisah Sedekah Si Penarik Beca

Kisah ini dikatakan terjadi di Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.

Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang cukup unik.Dia akan memberi perkhidmatan percuma pada setiap hari jumaat. Begitulah rutin sedekah Pak Kasan. Sesiapa sahaja yang menaikinya pasti percuma.

Pada suatu hari Jumaat seorang wanita yang kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sudah sampai ke tempat yang dituju, bertanyalah wanita kaya itu akan tambangnya. Seperti biasa, dia akan bagi percuma menaiki becanya. Si wanita kaya itu tersenyum. Namun, masih belum berpuas hati.Justeru,dia tekad untuk menguji Pak Kasan pada masa lain.

Pada hari Jumaat yang seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita kaya itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumahnya. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Tanpa sebarang prasangka pun mengayuhnya sampai pulang ke rumah.

Sampai ke rumah, wanita kaya itu sedar akan keikhlasan Pak Kasan dengan sedekahnya.Didapati Pak Kasan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik-baik.

Katanya, ''Saya berasa malu dengan Pak Kasan. Selama ini, saya tidak pernah bertemu dengan orang yang luar biasa seperti Pak Kasan. Pak Kasan hidup sederhana. Bahkan serba kekurangan yang ada. Tetapi masih boleh bersedekah. Tetapi saya hidup penuh dengan kemewahan, bahkan berlebih-lebihan. Tetapi saya tidak pernah bersedakah. Maka dengan ini,izinkan saya mengajak seluruh keluarga Pak Kasan untuk menunaikan haji tahun ini dengan keluarga saya.''

Lihat,begitu ajaibnya bersedakah semata-mata kerana Allah s.w.t..Pasti Allah s.w.t. akan menambah berkali ganda lipatnya ganjaran.Janji Allah itu PASTI..Mudahnya Menjemput Rezeki.


Kelebihan Surah Surah Tertentu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya hendak kongsikan beberapa surah dalam Al Quran yang mempunyai fadhilat atau kelebihan yang disebut dalam banyak hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga kita dapat mengamalknnya di dalam kehidupan seharian.






Surah Al Fatihah


Sabda Rasulullah s.a.w. :''Sebaik baik Al Quran Adalah AlhamdulillhiRobil'alamin ( iaitu surah Al Fatihah)'' - Riwayat Al Baihaqi.


Surah Al Baqarah


Sabda Rasulullah s.a.w. :''Bacalah Surah Al Baqarah Di Rumahmu Kerana Sesungguhnya Syaitan Tidak Akan Masuk Rumah Yang Dibaca Di Dalamnya Surah Al Baqarah.'' - Riwayat Al Hakim.


Surah Al Kahfi


Sabda Rasulullah s.a.w. :''Barangsiapa membaca surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat Nescaya Cahaya Meneranginya Selama Di Antara Dua Jumaat.'' - Riwayat Al Baihaqi.


Surah Yasin


''Barangsiapa Membaca Surah Yasin Di Permulaan Hari Akan Dipenuhinya Hajatnya Pada Hari Itu.'' - Riwayat Ad Darimi.


Surah Ad Dukhan


''Barangsiapa Membaca Surah Ad Dukhan Di Waktu Malam Maka Meminta Ampun Baginya 70 00 Para Malaikat Di Waktu Pagi.'' - Riwayat At Tirmizi.


Surah Al Mulk


''Sesungguhnya dalam Al Quran ada satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu تبارك الذى بيده الملك.'' - Riwayat An Nasie.


Surah Al Kafirun


''Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca قل يا ايها الكافرون kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.'' - Riwayat At Tirmizi.


Surah Al Ikhlas


''Barangsiapa Membaca قل هو الله احد Seolah - Olah Ia Membaca Sepertiga Al Quran.'' - Riwayat At Tirmizi.

Friday, May 17, 2013

Faedah -Faedah Berselawat Ke Atas Nabi

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahukah Anda??? Bagaimanakah anda mahu mendapatkan syafaat dan pertolongan Rasulullah s.a.w. pada Hari Akhirat kelak. Jawapannya adalah berselawat.Inilah rahsianya. Menurut para ulamak yang berdasarkan keterangan - keterangan hadis bahawa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. akan memperolehi pelbagai faedah yang amat besar, di antaranya:


  1. Memperolehi limpah rahmat daripada Allah s.w.t.
  2. Ditulis sepuluh kebajikan.
  3. Dihapuskan sepuluh kesalahan.
  4. Diangkat sepuluh darjat.
  5. Memperolehi kesempurnaan iman.
  6. Dijauhi daripada kerugian dan penyesalan.
  7. Tergolong sebagai orang - orang yang soleh.
  8. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  9. Memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w.
  10. Memperolehi hubungan yang rapat Nabi Muhammad s.a.w.
  11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
  12. Melapangkan dada dan menenteramkan jiwa kita.
  13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  14. Terselamat daripada kebingungan pada Hari Kiamat.
  15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  16. Terhindar daripada kefakiran.
  17. Dipandang sebagai orang yang paling mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
  18. Mmeperoleh keberkatan dalam hidup.
  19. Terhindar daripada orang - orang yang bakhil.
  20. Menjadikan sebab doa diterima Allah s.w.t.
  21. Memudahkan jalan ke Syurga.
  22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  23. Mmeperolehi selawat daipada Allah s.w.t. dan para Malaikat.
  24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
  25.  Memenuhi hak Rasulullah s.a.w. sebagai suatu tugas ibadah.
  26. Mmeperoleh petunjuk dan menghidupkan hati kita.
  27. Tergolong dalam orang - orang yang tidak melupai Baginda.
  28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
  30. Terkabul segala hajat dan cita - cita.
Berselawat agar kita selalu mendapat perlindungan dan Rahmat daripada Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : ''Barangsiapa yang berselawat kepadaKu sekali, Allah s.w.t. akan berselawat kepadanya sepuluh kali.'' Lihatlah! Cuma mengungkapkan di mulut sahaja,sudah dapat pahala daripada Allah s..w.t..Jom Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w..

Wasiat -Wasiat Rasulullah s.a.w. Untuk Kaum Wanita


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Rasulullah s.a.w. merupakan insan yang agung di muka bumi ini dan menjadi penolong untuk seluruh alam ini. Baginda amat disayangi oleh segenap masyarakat, tidak kira tu atau muda, lelaki ataupun wanita. Keindahan akhlaknya, tutur katanya yang elok dan budi pekerti telah menyebabkan seluruh masyarakat di pada zamannya tertarik mendengar kata - katanya yang banyak mengandungi nasihat, dorongan serta semangat kepada mereka ini khususnya masyarakat Islam di Madinah Al Munawwarah. Kaum wanita khususnya telah banyak membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan perjuangan menentang kebatilan. Sebelum wafat, baginda telah menyampaikan beberapa wasiat untuk kaum wanita yang dulu, kini dan selamanya.Antaranya adalah:-


*.  Selamatkan Diri dari Neraka

Said telah berkata, ''Pada hari Aidiladha atau Aidilfitri, Rasulullah s.a.w. pergi ke masjid. Di pertengahan jalan, baginda melalui sekumplan wanita lalu bersabda, ''Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku, kaum kalianlah yang paling banyak menghuni neraka.''
   Mereka bertanya, ''Kenapa?'' Baginda menjawab, ''Kerana kalian sering mengutuk dan menolak persetubuhan. Aku tidak melihat kecurangan akal dan agama yang dapat menghapuskan kecerdasan seorang lelaki yang cermat dari salah seorang di antara kalian.''
   Mereka bertanya lagi, ''Apakah kekurangan agama dan akal kami?'' Rasulullah s.a.w. menjawab, ''Bukankah kesaksian seorang wanita itu nilainya hanya separuh daripada kesaksian seorang lelaki?'' Mereka mengiakan. Rasulullah s.a.w. bersabda, ''Itulah antara kekurangan akal wanita. Bukankah ketika wanita sedang haid, dia tidak solat dan berpuasa?'' Mereka mengiakan lagi. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, ''Itulah di antara kekurangan agama wanita.''

*.  Jauhkan Diri Daripada Dosa Kecil

Aisyah r.d. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku, ''Wahai Aisyah, takutlah kamu akan segala perbuatan dosa kecil. Sesungguhnya untuk perbuatan ini terdapat tuntutan daripada Allah.'' (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami, Ibnu Hibban dan Al Qudhai)

*.  Bertakwa dan bersikap lemah lembut


Aisyah r.d. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku, ''Wahai Aisyah, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersikap lemah lembut. Lemah lembut itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan dilepaskan sedikit pun kerana tidak lain akan berlaku melainkan keburukan.''


*.  Bersabar Ketika Menghadapi Ujian

Ummu Al - Alla' berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengjengukku ketika aku sedang menderita sakit. Baginda bersabda, ''Bergembiralah wahai Ummu Al - Alla', sesungguhnya dengan sakitnya orang Muslim itu akan menghilangkan kesalahan dosanya seperti api yang menghilangkan (Hadis Riwayat Abu Daud)

*.  Jangan Tinggalkan Tempat Tidur

Abu Hurairah r.d. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ''Apabila seorang isteri meniggalkan tmpat tidur suaminya, para malaikat akan melaknatnya sehingga pagi.'' (Hadis Riwayat Bukhari)

*.  Percaya Qada dab Qadar Serta Hindari Berbicara Masalah Ghaib


Aisyah r.rd. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah diundang untuk solat jenazah anak kecil dari kalangan orang Ansar. Maka beliau berkata kepada baginda, ''Untungnya anak ini Ya Rasulullah s.a.w. kerana kematian ia ibarat seekor burung diantara berburung syurga. Dia belum pernah berbuat keburukan, malah tidak mengenal satu keburukan pun...''

   Rasulullah s.a.w. berkata. ''Atau bukankah selain itu?'' sambung baginda lagi, ''Aisyah, sesungguhnya Allah ciptakan syurga kepada sekumpulan penghuni yang mereka ciptakan untuknya, sementara mereka berada dalam tulung rusuk ayahnya. Dan Allah ciptakan neraka kepada sekumpulan penghuni yang mereka ciptakan untuk menghuni di dalamnya, sementara mereka juga berada di dalam tulang rusuk ayahnya.'' (Hadis Riwayat Muslim)

*.  Jangan Menjadi Orang Yang Keji


Aisyah r.d. menceritakan bahawa sekumpulan orang Yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, ''Wahai Abu Qasim, kamu harus mati!'' Rasulullah s.a.w. membalas, ''Kamu pun harus mati!''

   Aisyah r.d. yang mendengar celaan itu juga membalas, ''Kalian harus mati lagi hina! Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepada Aisyah, ''Aisyah, jangan kamu menjadi manusia yang keji.'' Aisyah menyoal semula, '' Bukankah tuan dengar apa yang mereka katakan itu?'' Baginda menjawab, Bukankah aku telah membalas perkataan mereka dengan perkataanku.'' (Hadis Riwayat Muslim)

*.  Lakukan Khata Bagi Kaum Wanita


Ummu Atiyah meriwayatkan, terdapat seorang wanita yang berkhatan (bersunat) di Madinah. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya, '' Janganlah kamu mencelanya, sesungguhnya yang demikian itu akan menguntungkan bagi wanita dan menyenangkan hati suami.'' (Hadis Riwayat Abu Daud)


*.  Memohon Perlindungan Daripada Allah s.w.t. 


Aisyah r.d. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. memandang bulan lalu bersabda, ''Wahai Aisyah, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada kejahatan saat ini sesungguhnya ini adalah malam yang gelap gelita.'' (Hadis Riwayat At Tarmizi) ~ NOTA ~ Para ulamak berpendapat bahawa Allah s.w.t. memerintahkan  Rasulullah s.a.w. agar memohon perlindungan daripada kejahatan malam (kegelapan) permohonan ini tidak terikat kepada gelapnya malam apabila tiada bulan bintang tetapi setiap malam.


*.  Jangan Minta Cerai


Thauban meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ''Mana - mana isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada alasan, maka haram baginya bau syurga.'' (Hadis Riwayat Abu Daud)


*.  Jangan Membanggakan Keturunan


Aisyah r.d. berkata, ketika turunnya ayat yang bermaksud, ''Dan berilah peringatan kepada kerabat kamu yan terdekat.'' Asy Syu'araa,214. Rasulullah s.a.w. berdiri di atas Bukit Safa, ''Wahai Fatimah Muhammad, Safiyah Abdul Mutallib, Bani Abdul Mutallib, aku tidak memiliki sesuatu apa pun daripada Allah untukmu. Maka mintalah daripada hartaku dari apa yan kamu kehendaki.'' (Hadis Riwayat Muslim)


*.  Bersuka Ria Dalam Batas Yang Dibenarkan


Aisyah r.d. meriwayatkan bahawa dia telah mengiringi pengantin perempuan ke majlis pengantin lelaki dari kalangan orang Ansar. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepadanya, ''Aisyah, adakah hiburan yang menyertai dirimu itu sesungguhnya orang - orang Ansar mengagumi hiburan.'' (Hadis Riwayat Bukhari) ~ NOTA~ Hadis ini menjelaskan keharusan menyediakan hiburan sekadar yang dibenarkan dalam majlis perkahwinan.



Berbanggalah kamu Wahai Kaum Wanita/Hawa...

Tuesday, May 14, 2013

Punca Akal Rosak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setiap manusia mempunyai akal yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. untuk digunakan dengan sebaik - baiknya. Kita hendaklah menggunakan akal dengan memandu tindak -tanduk manusia kerana akal adalah benda yang mulia berbanding pancaindera yang lain dan ia menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menentukan sama ada hendak dia hendak melakukan kebaikan mahupun kejahatan. Selain daripada itu, akal juga berperanan menyempurnakan peribadi manusia ke arah yang lebih baik dan mantap.

   Akan tetapi, kita juga hendaklah melindungi akal kita kerosakan yang melibatkan fizikal atau mental agar akal kita sentiasa terpelihara dengan baik. Antara punca -punca akal yang rosak adalah:-









Keturunan

*.  Pertalian darah seperti disebabkan berkahwin dengan saudara yang hampir seperti sepupu dan sebagainya.

*.  Ibu, bapa atau datuk dan nenek yang lemah otak mungkin melahirkan anak yang lemah otakjuga.









Kesulitan Ketika Dilahirkan

*.  Bayi yang dilahirkan dalam keadaan susah, menyebabkan keluar darah dari dalam otak. Bagi mengelakkan situasi begini si ibu hendaklah mendapat pandangan dan rawatan pakar perubatan dari awal mengandung.

*.  Rawatan bersalin yang tidak professional seperti salah menggunakan kaedah forcep ketikan melahirkan anak.








Kemalangan

*.  Terjatuh yang melibatkan hentakan yang kuat kepada kepala yang boleh menyebabkan otak menjadi lemah.

*.  Kemalangan jalan raya terutama jika tidak memakai topi keledar.









Penderaan

*. Pukulan yang kuat pada bahagian kepala iaitu yang melibatkan otak dengan menggunakan tangan atau benda tumpul.

*.  Menhantukkan kepala anak - anak ke dinding atau benda - benda lain.





Kemalangan Dalam Sukan

*.  Anak -anak yang terlibat dengan kemalangan apabila menyertai sukan atau permainan yang merbahaya seperti ragbi, seni mempertahankan diri dan aktiviti outdoor sekiranya tidak mengambil aspek keselamatan dalam bersukan yang betul.

*.  Pastikan ada jurulatih professional yang mengawasi.





Godaan Syaitan

*.  Godaan yang halus yang dilakukan oleh syaitan laknatullah untuk menghancurkan manusia agar terjerumus ke dalam kancah maksiat.

*.  Bacalah doa untuk mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t..









Pemakanan Yang Tidak Sihat

*.  Makan terlalu kenyang menyebabkan badan menjadi malas dan menggelapkan akal atau fikiran

*.  Suka makan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor.

*.  Banyak makan makanan yang ringan yang tinggi kandungan bahan pengawetnya seperti MSG.







Minum Arak

*.  Sesetangah orang meminum arak dapat menyelesaikan masalah.

*.  Ajakan kawan untuk meminumnya.

*.  Perasaan Ingin mencuba.











Menghisap Rokok

*.  Ajakan atau pengaruh kawan atau keadaan sekeliling untuk merokok.

*.   Mula - mula menghisap rokok untuk suka - suka , lama kelamaan ketagih. Percayalah.










Akhlak Rosak

*.  Melakukan perbuatan maksiat atau melanggar perintah Allah s.w.t. seperti berzina, derhaka kepada ibubapa, meninggalkan solat, mencuri dan sebagainya.

*.  Mendengar nyanyian yang melalaikan dengan menyanjung artis lebih tinggi daripada ulamak - ulamak

*.  Pergaulan yang terlalu bebas.



Jadi, kita mestilah melindungi akal daripada perkara - perkara yang tidak diingini dengan bantuan seperti didikan atau tunjuk ajar yang sempurna serta pendekatan kepada ajaran Islam yang suci serta syumul dalam kehidupan seharian. Bacalah al Quran dan dirikanlah solat agar kita terpelihara daripada rahmat Allah s.w.t..




Thursday, May 9, 2013

Buku - Buku Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya syorkan antara buku - buku yang sesuai untuk ibu - ibu yang mengandung. Semoga apa yang dibacakan dapat diterapkan dalam kehidupan.






























Wednesday, May 8, 2013

Jiran Penentu Nilai Diri Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kerana dapat tinggal di negara yang aman damai dan sejahtera. Negara kita mempunyai ramai bilangan penduduk seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Sikh dan lain-lain lagi.

Kepelbagaian kaum atau bangsa di negara kita ini dapat menyemarakkan lagi perpaduan di kalangan kita sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita juga berjiran dengan mereka dengan tinggal di sebelah rumah ataupun berdekatan dengan kita. Jiran memainkan peranan yang sangat penting kepada kita. Apabila berlaku kecemasan atau kesusahan, mereka boleh tolong kita dengan seadanya kerana mereka merupakan orang yang terdekat di kalangan kita. Contohnya, jikalau rumah kita terbakar, kecurian mahupun perkara-perkara yang memudaratkan, sudah pasti kita meminta pertolongan daripada mereka. Di sini, ada beberapa tip bagi menjadikan jiran kita sebagai sudara terdekat iaitu,


  1. Kita perlu mengucapkan salam setiap kali bertemu atau berselisih dengan mereka dan bermanis muka. Bagi bukan Islam, sapalah mereka dengan bertanya khabar.
  2. Hendaklah mencari ruang untuk berbual dengan mereka tentang apa-apa sahaja asalkan tiada perkara yang boleh mengguriskan hati mereka.
  3. Mengajak mereka datang ke rumah kita dan sebaliknya.
  4. Memberikan makanan ataupun kuih.
  5. Memberikan hadiah kepada mereka.
  6. Mencari peluang bagi membantu jiran kita sedaya upaya tatkala senang atau susah. Semoga Allah membalas perbuatan kita ini.
  7. Bersikap lemah lembut dengan mereka.
  8. Mengucapkan tahniah atas kejayaan jiran kita dan takziah jika menimpa mereka.
  9. Menjaga harta benda mereka tatkala mereka meniggalkan rumah.
  10. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Selaras dengan perintah Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya:-

''Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat,  jangan dia menyakiti tetangganya. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, dia perlu memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, hendaklah berkata baik ataupun diam.'' Direkodkan oleh Muslim.

Jadi, marilah kita menjaga adab dengan jiran kita selaras dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..Sesungguhnya Orang Islam Itu Bersaudara.

Manfaat Kacang Merah Azuki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Di Malaysia, kita terkenal dengan kepelbagaian makanan dan minuman seperti Laksa, Mee Kari, Air Kelapa, Cendol, ABC (Air Batu Campur) dan sebagainya. Selalunya apabila anda makan cendol atau ABC, ada tak kacang merah di mangkuk cencol atau ABC itu? Semestinya ada kan!
Jadi, sini saya hendak beritahu kepada anda semua tentang kebaikan kacang merah ini yang orang Malaysia kebanyakan tidak tahu tentang kebaikan kacang merah ini.


   Kacang merah ini dikatakan berasal daripada Peru dan ia telah tersebar di seluruh Amerika Selatan dan Tengah. Pada waktu itu, perdagangan yang meluas telah menyebabkan kacang merah telah tersebar di seluruh dunia termasuklah Asia. Ia telah dibawa masuk oleh pedagang Eropah pada kurun ke 15.

Kacang merah ini mengandungi toksin dan cara hendak menghilangkannya adalah dengan merebus selama lebih kurang sepuluh minit.


   Kacang merah juga mempunyai kemampuan untuk mengatasi bermacam-macam penyakit, di antaranya mampu mengurangkan kerosakan pembuluh darah, mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, serta menurunkan risiko kanser usus besar dan kanser payudara. Selain itu, ia juga bagus bagi kesihatan tubuh manusia. Kacang merah merupakan sumber protein, karbohidrat kompleks, serat, vitamin B, folasin, kalsium, dan zat besi. Folasin adalah zat gizi yang mampu mengurangi risiko kerosakan pembuluh darah.



   Vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah menambahkan lagi kecerdasan otak serta menguatkan ingatan manusia. Disarankan agar pelajar - pelajar Maahad Tahfiz makan kacang merah ini kerana ia bagus untuk IQ anda khususnya. Kacang merah mengandungi magnesium yang berguna dalam tindakan kardiovaskular kerana magnesium adalah penghalang saluran kalsium semulajadi. Apabila terdapat magnesium yang mencukupi, vena dan arteri akan mengendur dan sekaligus mengurangkan penolakan dan memperbaiki peredaran darah, oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh badan. Satu cawan kacang merah menyediakan kira-kira 19.9% pengambilan kalsium yang diperlukan dalam sehari.


   Di sebalik memperlahankan pembakaran karbohidrat kompleks, kacang merah dikatakan meningkatkan tenaga melalui cara membantu menambahkan penyimpanan zat besi. Ia amat sesuai untuk wanita yang sedang haid kerana pada ketika itu mereka lebih berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi. Kacang merah rendah kalori dan bebas lemak jika dibandingkan dengan sumber zat besi seperti daging merah. Satu cawan kacang merah menyediakan kira-kira 28.9% pengambilan zat besi sehari.

   Kacang merah juga merupakan sumber protein yang bagus terutamanya jika ia dicampurkan dengan bijirin penuh seperti beras perang. Ia menyediakan protein setanding dengan daging merah atau makanan daripada tenusu. Apa yang paling penting, kacang merah merupakan sumber makanan tanpa kalori tinggi atau lemak tepu yang dijumpai dalam daging merah dan makanan daripada tenusu. Selain daripada protein, anda juga turut mendapat kebaikan penstabil gula dalam darah dan kesihatan jantung dalam serat yang disediakan oleh kacang merah. Secawan kacang merah menyediakan kira-kira 15.3 gram protein atau 30.7% pengambilan protein sehari.


   Jadi,mulakan hari anda dengan memakan kacang merah untuk menjaga kesihatan tubuh badan anda.

Monday, May 6, 2013

Langkah-Langkah Menambah Ilmu

    Pada zaman abad ke 21 ini, manusia telah mencapai satu ketamadunan yang tinggi dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dengan kepelbagaian 3 dasar utama yang telah disebutkan tadi, maka Ilmu menjadi satu teras utama yang menjadi pembinaan dasar-dasar tersebut. Pada zaman yang moden lagi canggih ini, manusia tidak boleh menjadikan alasan untuk tidak menuntut ilmu. Jadi, boleh dikatakan semuanya ada untuk kita menuntut ilmu. Mudah, cepat dan senang. Di sini, saya nukilkan antara langkah-langkah untuk menambah ilmu agar kita boleh menggunakannya di mana sahaja.


*. Melayari internet


   Dengan melayari internet, anda akan mendapat pelbagai informasi, maklumat, pendapat, motivasi yang berguna untuk memajukan diri anda serta mengetahui perkara yang kita tidak tahu.

*. Membeli buku untuk dibaca


    Membaca buku adalah salah satu perkara yang boleh menambah pengetahuan kita tentang dunia dalam dan luar. Ia juga boleh melatih otak kita dengan lebih efektif lagi.Saya sarankan anda supaya didik diri anda dengan membaca buku dalam masa 20 minit sehari serta beli sebuah buku untuk satu bulan sekali.Tidak kiralah buku apapun asalkan ia berguna untuk kita.


*. Mendengar kaset, cd atau menonton televisyen


      

Friday, April 19, 2013

Sejarah Keris








Keris merupakan senjata pendek yang dipakai oleh pendekar atau pahlawan Melayu pada zaman dahulu kala. Ia juga merupakan senjata kebanggaan orang Melayu pada zaman dahulu kala serta penduduk di kepulauan sekitarnya seperti Pulau Jawa, Pattani, Filipina dan lain-lain. Boleh dikatakan setiap pahlawan atau pendekar Melayu pada zaman itu mesti mempunyai sebilah keris yang senantiasa disisipkan di pinggang atau memegangnya ke mana-mana sahaja untuk mempertahankan diri mereka apabila diserang oleh musuh.

   Kajian mendapati keris berasal daripada Kerajaan Majapahit. Setelah Kerajaan Majapahit kalah, maka bertebaranlah tukang pembuat keris keseluruh tanah Jawa termasuk tanah Melayu pada masa itu. Terdapat beberapa jenis keris iaitu keris Jawa, keris Semenanjung, keris Bugis, keris Sumatera, keris Patani, keris Bali, keris Picit dan pelbagai lagi.

   Pelbagai rupa dan bentuk keris seperti ada yang berlok, ada yang bilahnya lurus, ada yang bengkok dan sebagainya. Begitu juga dengan hulu keris dengan namanya tersendiri seperti Tanjung Pekaka, Tapak Kuda, Jawa Demam, Burung Kakak Tua, Burung Serindit dan sebagainya. Banyak ilmu yang mesti dipelajari jika ingin menempa sebilah keris. Tidak lupa juga pantang larangnya semasa menempa keris.

   Selain itu, bahan asas untuk membuat keris terdiri daripada banyak jenis besi iaitu besi Waja, besi Tawar, besi Melela dan diikat kemas sebelum dibakar menjadi logam dan barulah ia ditempa mengikut citarasa orang yang ingin memiliki keris tersebut.

   Jadi,marilah kita memelihara warisan bangsa Melayu yang semakin hilang ditelan zaman. Anak-anak muda seharusnya bersungguh-sungguh mempertahankan khazanah warisan yang cukup bernilai ini.