Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setiap manusia mempunyai akal yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. untuk digunakan dengan sebaik - baiknya. Kita hendaklah menggunakan akal dengan memandu tindak -tanduk manusia kerana akal adalah benda yang mulia berbanding pancaindera yang lain dan ia menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menentukan sama ada hendak dia hendak melakukan kebaikan mahupun kejahatan. Selain daripada itu, akal juga berperanan menyempurnakan peribadi manusia ke arah yang lebih baik dan mantap.
Akan tetapi, kita juga hendaklah melindungi akal kita kerosakan yang melibatkan fizikal atau mental agar akal kita sentiasa terpelihara dengan baik. Antara punca -punca akal yang rosak adalah:-
Keturunan
*. Pertalian darah seperti disebabkan berkahwin dengan saudara yang hampir seperti sepupu dan sebagainya.
*. Ibu, bapa atau datuk dan nenek yang lemah otak mungkin melahirkan anak yang lemah otakjuga.

Kesulitan Ketika Dilahirkan
*. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan susah, menyebabkan keluar darah dari dalam otak. Bagi mengelakkan situasi begini si ibu hendaklah mendapat pandangan dan rawatan pakar perubatan dari awal mengandung.
*. Rawatan bersalin yang tidak professional seperti salah menggunakan kaedah forcep ketikan melahirkan anak.
.jpg)
Kemalangan
*. Terjatuh yang melibatkan hentakan yang kuat kepada kepala yang boleh menyebabkan otak menjadi lemah.
*. Kemalangan jalan raya terutama jika tidak memakai topi keledar.

Penderaan
*. Pukulan yang kuat pada bahagian kepala iaitu yang melibatkan otak dengan menggunakan tangan atau benda tumpul.
*. Menhantukkan kepala anak - anak ke dinding atau benda - benda lain.
Kemalangan Dalam Sukan
*. Anak -anak yang terlibat dengan kemalangan apabila menyertai sukan atau permainan yang merbahaya seperti ragbi, seni mempertahankan diri dan aktiviti outdoor sekiranya tidak mengambil aspek keselamatan dalam bersukan yang betul.
*. Pastikan ada jurulatih professional yang mengawasi.
Godaan Syaitan
*. Godaan yang halus yang dilakukan oleh syaitan laknatullah untuk menghancurkan manusia agar terjerumus ke dalam kancah maksiat.
*. Bacalah doa untuk mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t..
Pemakanan Yang Tidak Sihat
*. Makan terlalu kenyang menyebabkan badan menjadi malas dan menggelapkan akal atau fikiran
*. Suka makan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor.
*. Banyak makan makanan yang ringan yang tinggi kandungan bahan pengawetnya seperti MSG.
Minum Arak
*. Sesetangah orang meminum arak dapat menyelesaikan masalah.
*. Ajakan kawan untuk meminumnya.
*. Perasaan Ingin mencuba.

Menghisap Rokok
*. Ajakan atau pengaruh kawan atau keadaan sekeliling untuk merokok.
*. Mula - mula menghisap rokok untuk suka - suka , lama kelamaan ketagih. Percayalah.
Akhlak Rosak
*. Melakukan perbuatan maksiat atau melanggar perintah Allah s.w.t. seperti berzina, derhaka kepada ibubapa, meninggalkan solat, mencuri dan sebagainya.
*. Mendengar nyanyian yang melalaikan dengan menyanjung artis lebih tinggi daripada ulamak - ulamak
*. Pergaulan yang terlalu bebas.
Jadi, kita mestilah melindungi akal daripada perkara - perkara yang tidak diingini dengan bantuan seperti didikan atau tunjuk ajar yang sempurna serta pendekatan kepada ajaran Islam yang suci serta syumul dalam kehidupan seharian. Bacalah al Quran dan dirikanlah solat agar kita terpelihara daripada rahmat Allah s.w.t..
No comments:
Post a Comment