Friday, April 12, 2013

Tips-Tips Menambah Pendapatan Di Rumah

Assalamualaikum,di sini saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menambahkan pendapatan sampingan di rumah untuk para ibu-ibu ke atau orang yang asyik duduk di rumah ataupun anak-anak muda yang juga ingin menambahkan duit poket mereka.Antaranya ialah:-

*. Menjahit

Bagi wanita yang ada kemahiran menjahit,mereka mengambil upah dengan menjahit baju,langsir,seluar.Tambahan lagi pada bulan Ramadhan,rezeki melimpah diturunkan kepada mereka yang ada kemahiran seperti ini dengan mengambil tempahan baju raya daripada orang ramai.Sekurang-kurangnya,dengan cara ini mereka boleh menjana pendapatan sampingan di rumah dengan masa lapang yang ada.


*. Memasak lauk atau membuat kuih-muih

Orang lelaki atau perempuan yang ada kemahiran memasak,memang eloklah bagi mereka menjualnya dengan membuka warung atau kedai secara kecil-kecilan.Selalunya bangsa Melayulah paling ramai memonopoli perniagaan ini.Kalau perniagaan ini sudah maju,bolelahlah melebarkan sayap perniagaan secara besar lagi dengan mempromosikan kepada dalam atau luar nengara.Tidak salahkan kalau kita berani memcuba.


*. Mengadakan kelas tuisyen

Untuk zaman sekarang ini,kelas tuisyen boleh dianggap penting bagi orang ramai yang ingin menambah kefahaman ataupun kemahiran.Tidak terhad kepada pelajar sekolah sahaja malah orang awam pon boleh ikut sama pengajian kelas tuisyen iniJadi,membuka kelas tuisyen adalah salah satu langkah terbaik untuk menambah pendapatan sampingan dengan membuka kelas tuiyen.Contohnya kelas mengaji,kelas memasakkelas menjahit atau apa-apa sahaja bagi mereka yang ada kemahiran tertentu untuk disebarkan.Jangan kita sombong dengan ilmu.Allah akan menemplak di Akhirat kelak nanti.

*.Menanam pokok yang boleh mengeluarkan hasil

Bagi sesiapa yang ada tanah terbiar di kampung ataupun di mana-mana sahaja.Jangan jual.Kita boleh manfaakannya dengan mnenanam sayur atau pokok seperti buah-buahan tempatan.Di samping itu juga,gunakan idea kita untuk menjadikan buah-buahan itu sebagai bahan komersial.Contohnya,buah Durian jadi durian goreng,buah gedondong jadi jeruk atau apa-apa sahaja.Buatkan idea menjadi lebih kreatif lagi.

*. Menjaga anak orang(babysitter)

Zaman sekarang ini ramai ibubapa yang bekerja siang malam untuk mencari duit untuk menyara keluarga.Jadi,mereka tidak masa untuk menjaga atau menguruskannya.Oleh itu,bagi orang yang tidak ada kerja yang asyik duduk rumah bolehlah menjaga anak orang dengan sebaik-baiknya.Sekurang-kurangnya kita ada kerja yang berfaedah sedikit dengan menjaga anak orang di samping menghilangkan bosan di rumah dengan melihat telatah anak-anak kecil.Betul tak?Kalau hendak menambahkan pendapatan lagi dengan menjaga anak orang.kita tampal notis atau nota di seluruh taman perumahan atau luar taman perumahan yangg mengatakan kita ini ada perkhidmatan menjaga anak orang.

*. Menulis buku

Untuk menjadi seorang penulis,kita kena banyak membaca buku,melayari internet,menonton televisyen,menghadiri majlis ilmu,kurus,seminar,dari semasa ke semasa,bertukar pandangan dengan kawan-kawan setempat atau lain-lain lagi.Semua orang boleh menulis karya mereka dengan bermula dari rumah lagi.Timbulkan idea anda dengan lebih kereatif supaya orang melihat penulisan atau karya kita seronok membacanya.Tidak mustahil untuk jadikan benda di sekeliling rumah atau persekitaran rumah anda sebagai  tajuk penulisan anda.Manfaatkan masa lapang anda di rumah dengan menambah ilmu labih mantap lagi dan memasarkannya.

Jadi,jadikanlah masa yang ada itu sebagai menjana pendapatan sampingan anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat.Bak kata orang 'Masa itu Emas'.Jadi,jangan bazirkan masa anda dan jadilah orang yang berjaya di Dunia dan Akhirat.InsyaAllah...

2 comments: