Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang usahawan Melayu terkenal di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang jutawan di negara kita ini. Antara syarikat miliknya ialah MMC, Pelabuhan Tanjung Pelepas,Bernas,DRB HICOM dan Bank Muamalat.
Kecemerlangannya itu sewajarnya dijadikan contoh dan teladan untuk orang Islam khusunya di negara kita yang tercinta ini. Mari kita ikuti pemikiran beliau agar menjadi kata - kata azimat untuk terus berusaha di dalam aspek perniagaan ataupun bidang - bidang yang lain.
- Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat, saya minta orang lain tengok - tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tetapi itulah jalan yang kekal.
- Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (Bangsa Cina) kerana mereka lebih jauh maju daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
- Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak bersabar dan kuat berusaha.
- Korporat Cina turun ke bawah bantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada. Kalau adapun berpecah. Oran Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu bersusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
- Rezeki yang ada sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluarkan zakat. Islam agama yang adil. Ia minta sedikut sahaja. Oleh itu, kalau ada duit lebih,seharusnya dibelanjakan dengan baik.
- Saya asalnya daripada tidak ada apa - apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya berusaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
- Kaya itu bukan kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
- Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing - masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata - mata.
- Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan sejak kecil dan saya juga biasa kena tipu.
- Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus -ratus kali ganda. Saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang atau malam. Kita ada kelebihan kekuatan yang Allah beri melebihi bangsa lain tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
Jadikan kata - kata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai kata - kata semangat untuk kita terus berjaya di Dunia mahupun Akhirat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment