Masyarakat di negara kita sememangnya terkenal dengan sifat pemalu. Lagi-lagi berada di depan orang ramai. Memang segan. Tetapi, usah risau kerana saya ada beberapa cara untuk mengatasi sifat pemalu anda.Antaranya ialah:-
Cara Yang Pertama
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Maknanya buat perlahan-perlahan. Tidaklah kelam kabut sangat kan? Contohnya,kalau kita tiba-tiba buat public speaking, memanglah tak beani dan rasa malu yang amat sangat kalau bagi orang yang tidak biasa lagi. Jadi,cakaplah dengan perlahan-perlahan ataupun sepatah demi sepatah agar biar orang faham apa yang anda ingin sampaikan. Selain itu, paksakan diri anda untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Percayalah.
Cara Yang Kedua
Jangan hiraukan tanggapan orang. Maknanya kita takut ''apa pula nanti orang kata kalau saya berkata''. Pernahkah anda apabila bercakap orang akan berkata, ''ish,macam bagus je apa yang dia cakap tu'', ''dia tu cuma pekerja bawahan je,tak layak hendak bersuara'', ''apa yang ko cakapkan nie,ko buatkan ke semua itu?'' dan macam-macam lagi anggapan orang terhadap kita. Jadi,biarkan apa yang mereka kata kepada anda dengan perkara-perkara yang negatif. Perlu berfikiran positif serta bersangka baik terhadap mereka dan orang ramai. Fikirkan yang orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Ilmu ini Allah yang punya kita kena kongsi bersama agar tidak menjadi jahil ataupun bodoh. Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ''Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu,lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekangan tali daripada Api Neraka kelak.(Riwayat Abu Daud Dan Tarmizi)
Cara Yang Ketiga
Apabila anda berhadapan dengan orang ramai, anda cuba berlakon macam tidak berperasaan malu. Nanti orang ingat anda tidak malu berhadapan dengan orang ramai tetapi sebenarnya anda sangat pemalu. Oleh itu, beranikan diri yang anda tidak pemalu apabila bercakap depan orang ramai. Kelurakan sifat keberanian yang ada pada diri anda itu. InsyaAllah pasti BOLEH!
Kesimpulannya, jangan jadikan sifat pemalu sebagai menghentikan kejayaan anda. Pasti Boleh.
No comments:
Post a Comment