- Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat fardu subuh.
- Di antara waktu Zuhur dan Asar, juga antara Asar dan Maghrib.
- Selepas solat fardu
- Waktu azan dan iqamat
- Ketika bangun tidur
- Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tahiyat akhir)
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid
- Pada waktu takbir raya, (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya)
- Waktu menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid Nabawi.Madinah Al Munawwarah.
- Waktu melakukan urusan penting
- Ketika membaca doa qunut
- Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa
- Waktu hujan turun
- Waktu menunaikan solat
- Waktu selesai khatam Al Quran 30 juzuk
- Sewaktu sujud
Sebuah cerita atau bingkisan sejarah dan cerita teladan daripada hamba fakir buat anda semua...
Friday, April 12, 2013
Waktu-Waktu Mustajab Doa
Assalamualaikum, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Di sini saya ingin kongsikan sedikit antara waktu-waktu mustajab doa seperti yang disarankan oleh Kekasih Kita, Nabi Muhammad s.a.w.. Berdoalah dengan Nama TuhamMu Allah Azza Wa Jalla yang memberikan rezeki,kesihatan yang baik,anak-anak yang baik dan sebagainya.Antara waktu-waktu mustajab berdoa ialah:-
Mintalah apa sahaja daripada Allah s.w.t. dengan limpahan RahmatNya.Teruskan berdoa dan terus berdoa. Jangan putus asa dengan ujian yang menimpa anda. Doa itu adalah senjata orang Islam. Fahamilah dengan apa yang kita doakan itu. Bacalah dengan penuh khusyuk kerana kita meminta sesuatu daripadaNya. Jagalah adab kita dengan Allah. InsyaAllah, pasti Allah .s.w.t. akan mengabulkan doa kita itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment