Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Hari ini saya berkongsi jenis-jenis kepintaran yang merujuk kepada umat manusia khususnya. Manusia yang kompleks serta mempunyai IQ dapat membezakan di mana yang baik atau yang buruk serta kesannya jika melakukan yang sedemikian. Itulah yang membezakan tingkat atau darjat manusia dengan haiwan. Tahukah anda? Howard Earl Gardner (gambar disebelah kiri), berbangsa Amerika yang merupakan seorang profesor psikologi di Universiti Harvard yang paling berpengaruh dalam bidangnya telah menjadi popular apabila mengutarakan teorinya yang mengatakan manusia memiliki tujuh jenis kepintaran yang ada pada setiap jiwa. Jenis-jenis kepintaran manusia itu adalah seperti berikut:-
- Kepintaran Bahasa
Orang-orang yang memiliki kepintaran ini pandai bersajak, berpantun, berpuisi, bersyarah, mengarang dan mempunyai perbendaharaan kata yang banyak. Kepintaran jenis ini dimiliki oleh orang yang mengeluarkan kata-kata yang mampu membuat individu lain menjadi terkesima iaitu juruhebah, peguambela, ahli politik, sasterawan, pelawak, pemidato, penulis iklan, penulis skrip drama, dan seumpamanya.
Bagi para ibubapa yang baru memiliki anak, cara untuk menngetahui sama ada seseorang anak itu memiliki kepintaran ini, cara yang paling mudah untuk mengetahui kepintaran ini ialah dengan menyuruh kanak-kanak itu bercerita. Ibubapa memulakan cerita dengan kisah apa yang yang disukai seterusnya menyuruh kanak-kanak itu menyambung cerita itu kembali. Perhatikan sama ada kanak-kanak itu pandai memilih perbendaharaan kata, pandai mengolah susunan ayat, mencipta perkataan yang menarik hati dan sebagainya. Ada kanak-kanak yang tidak minat bercerita dan bercakap tetapi dapat membuat laporan dan karangan yang baik. Mungkin kanak-kanak itu boleh menjadi wartawan dan mengarang buku pengetahuan apabila besar kelak.
2. Matematik dan Logik
Kepintaran ini dimiliki oleh ahli-ahli sains, pakar matematik dan komputer, jurutera, akauntan, juruaudit dan lain-lain pakar yang memerlukan pemikiran logikal dalam bidang mereka. Ujian-ujian kepintaran yang tradisional ini sangat mengutamakan kepintaran jenis ini.
3. Kepintaran Muzik
Orang-orang yang memiliki kepintaran ini sangat berminat pada bunyi-bunyian. Mereka sangat pandai mencipta muzik, lirik lagu dan bermain pelbagai alat-alat muzik. Mereka tajam telinga dan mampu mengenal pasti pelbagai jenis bunyi apabila ia dimainkan.
4. Kepintaran Ruang
Mereka ini memiliki kepintaran yang boleh menjadi juruterbang, pengukir, jurubina dan mencipta pelbagai jenis ciptaan. Ada jenis kepakaran sains yang memerlukan kepintaran jenis ini. Albert Einstein menemui teori relativiti dengan menggunakan kepintaran ini. Kanak-kanak yang memiliki kepintaran ini seawal 5 tahun pandai membuat binaan-binaan daripada blok-blok. Mereka pandai membayangkan jenis rupa sesuatu benda daripada pelbagai sudut. Kepintaran inilah yang dimiliki oleh orang-orang yang pandai membuka dan memasang semula benda-benda mekanikal. Ramai kanak-kanak yang kurang pintar belajar pelajaran sekolah sangat cekap membetulkan benda-benda yang rosak.
5. Kepintaran Gerak Badan
Kepintaran ini dimiliki oleh para olahraga atau ahli sukan, tarian sarkas dan lain-lain kerjaya yang menggunakan badan. Pakar-pakar bedah, pakar-pakar kraftangan dan pelakon sangat memerlukan kepintaran ini dalam menjalankan aktiviti mereka.
6. Kepintaran Interpersonal
Ujian-ujian kepintaran tradisional tidak mengiktiraf kepintaran jenis ini. Menurut Howard Gardner, ujian-ujian tersebut tidak memasukkan kepintaran interpersonal kerana ujian-ujian tersebut dicpta oleh tokoh-tokoh yang suka berfikir sendirian. Mereka yang memiliki kepintaran ini termasuklah para peniaga, kaunselor, guru, ahli politik, para pendakwah, jurujual dan penghibur. Mereka cekap memahami sifat manusia lain dan juga pandai memimpin, mempengaruhi dan bekerjasama dengan orang-orang lain. Kanak-kanak yang memiliki kepintaran ini mempunyai ramai kawan dan pandai bergaul atau menyesuaikan diri dengan orang dewasa. Mereka suka bekerja dalam kumpulan dan dapat merasakan apa yang orang lain rasa. Dalam erti kata lain. mereka sangat pandai membaca dan meneliti menerusi wajah peribadi seseorang.
7. Kepintaran Intrapersonal
Kepintaran ini membolehkan seseorang memahami dirinya sendiri serta tahu akan keistimewaan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Dia tahu apa yang diminatinya dan apa yang dibencinya dan dia tahu apa yang mendorong perilaku dan tindak-tanduknya. Jenis kepintaran ini digunakan sebagai asas prinsip-prinsip hidup seseorang, displin diri dan sumber ketabahan, kecekalan dan semangat perjuangan. Kepintaran ini menghasilkan apa yang disebut sifat bijaksana. Mereka yang memiliki kepintaran ini membuat keputusan dan tindakan berdasarkan kepada kesedaran akan siapa diri mereka yang sebenarnya.
Ramai orang yang memiliki IQ yang tinggi tetapi tidak bijaksana kerana mereka tidak memiliki kepintaran jenis ini. Oleh itu, mereka membuat tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan yang merugikan diri mereka sendiri.

No comments:
Post a Comment