Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
.jpg)
Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.
Wahai mausia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga
mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana
kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, beremah lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu terhadap mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan
orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk
dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran
selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan
datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah
Mu kepada hamba-hamba-Mu".
Berikut merupakan khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga kita sebagai Umatnya mengambil manfaat daripadanya..
No comments:
Post a Comment