.jpg)
Kejayaan orang Cina dalam mendominasi bidang perniagaan ataupun ekonomi sering menjadi seribu satu pertanyaan terhadap bangsa lain seperti Melayu,India dan lain-lain.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana orang Cina boleh berjaya dalam bidang ekonomi dari segi perusahaan,keusahawanan,perniagaan dan lain-lain.Padahal mereka ini langsung tidak menerima apa-apa bantuan daripada segala aspek bentuk.Ramai di antara bangsa-bangsa lain cemburu melihat kejayaan orang Cina berjaya di dalam semua bidang ekonomi.Adakah mereka menggunakan jin?Ataupun menang wang loteri besar?Ataupun meminjam wang daripada bank ataupun kawan-kawan?Jadi,apa yang saya nukilkan di sini mungkin betul ataupun tidak.Sebenarnya,sudah sedia kita ketahui bahawa mencipta sesuatu kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah malah ia memakan masa yang panjang dan lama untuk menjadi berjaya.Tetapi bak kata pepatah Melayu 'Bersusah-susah dahulu,Bersenang-senang kemudian'.Biarpun ia memakan masa yang lama untuk berjaya dalam sesuatu bidang,tetapi adalah 'berbaloi' jika kita menahan dan sabar setiap segala jerih payah ujian yang dilalui sepanjang perjalanan.Di sini,saya bongkarkan diantara rahsia-rahsia orang Cina berjaya di dalam bidang ekonomi.
1-Bermula daripada bawah.
Sebelum mereka menjadi usahawan yang berjaya,mereka terpaksa mengorbankan masa dan wang serta mengambil risiko untuk terjun ke dalam bidang ekonomi.Seperti bangsa lain,mereka juga terpaksa bersaing dengan bangsa-bangsa lain untuk merebut kejayaan.Kadang-kadang ada masa untung dan masa rugi.Mereka juga terpaksa berjimat cermat dalam semua aspek.Tetapi dengan berkat kesabaran,ramai yang diantara mereka sudahpun berjaya dan tidak kecundang di separuh jalan.
2-Ajaran Falsafah yang diterima sejak kecil.
Menurut beberapa pengkaji sosial,ajaran falsafah yang mereka terima adalah ajaran Confucianisme yang memberi mereka semangat serta dorongan untuk berjaya dalam hidup.Ajaran falsafah ini juga menekankan perasaan taat kepada ibubapa dan hormat kepada mereka yang lebih tua sera mementingkan keturunan.Sebut tentang keturunan,orang Cina juga digalakkan mendapat anak lelaki kerana anak lelaki adalah pewaris utama di dalam sesebuah keluarga tersebut.Merekalah yang akan mewarisi harta keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar sekali untuk mengharumkan nama keluarga nanti.Bagi orang Cina,cara untuk mengharumkan nama keluarga serta mengangkat martabat adalah dengan cara menjadi kaya.Jadi,untuk menjadi kaya adalah melalui jalan perniagaan atau ekonomi.Dengan cara ini,mereka akan dipandang mulia serta dihormati.
3-Tidak suka makan gaji.
Bak kata orang,orang yang suka makan gaji tidak mempunyai kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat.Dalam erti kata lain,pemalas,makan tidur.Bagi orang Cina,mereka lebih suka memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.Jadi,pendapatan yang mereka dapat hasil daripada perniagaan tersebut mungkin kecil berbanding hasil orang yang makan gaji.Biarlah sedikit asalkan ada hasil titik peluh sendiri.Mereka juga tidak suka bekerja dengan orang.Pada pemikiran mereka,bekerja dengan orang atau di bawah majikan sampai bila-bila pun akan menjadi kuli.Justeru itulah,mereka bijak mengambil peluang yang ada serta mengambil risiko untuk berjaya dalam bidang perniagaan.Sebagai contoh,kita tengok tidak ada satu pun orang Cina yang bekerja di kilang ataupun di bawah tanggungan kerajaan.Kalau mereka bekerja di kilang,merekalah yang menjadi tauke di situ.Salah satu kilang yang orang Cina punya adalah di Kuala Kangsar,Perak iaitu kilang arang.
4-Kuat Berusaha.
Apabila mereka sudah berjaya,orang Cina akan selalu memperbaharui kelemahan yang ada pada mereka serta berusaha memajukan perniagaan dengan lebih kuat lagi.Mereka tahu bahawa dengan cara ini akan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan lagi Tetapi,mereka juga tahu bahawa setiap jala ada risikonya.Semakin besar perniagaan,semakin besarlah risikonya.Sekurang-kurangnya kena cuba dan berusaha.Saya ingin menekankan di sini bahawa orang Islam boleh juga berjaya seperti mereka.Janganlah kita selalu membuang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah lagi tidak bermanfaat pada mereka.Sekurang-kurangnya,di dalam hidup kita ini biarlah ada kemajuan di dalam sesuatu bidang yang kita ceburi.Teruskan mencipta kejayaan.Jangan berhenti di separuh jalan.Saya yakin orang Islam juga boleh berjaya seperti orang bukan Islam yang lain.Soal gagal ataupun berjaya itu kita letakkan sebagai perkara sampingan ataupun mainan hidup sahaja.
Kesimpulannya,setiap manusia boleh berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.Setiap masyarakat haruslah keluar daripada pemikiran yang beku.Kautlah seberapa banyak ilmu yang ada di dunia ini.Ambillah pengajaran daripada bangsa lain seperti bangsa Cina.Mereka yakin boleh berjaya dalam setiap hal.Bukan setakat pada bidang ekonomi sahaja.Malah,bidang lain pun mereka boleh berjaya ceburi seperti politik dan sosial.Jadi,bekerjalah bersungguh-sungguh dalam segala bidang yang kita ceburi.